Tuesday, February 23, 2010

PerjaLaNan PelaJar HmT 329


Sejarah bagi semua pelajar HMT 329 memulakan perjalanan ( pengembaraan ) dari USM ke merata-rata tempat bertujuan untuk melihat keunikan papan tanda yang ada di sekitar Pulau Pinang. Perjalanan atau pengembaraan ini dipinpin oleh Dr.Radiah Binti Yusof yang di lakukan pada hari Jumaat, 12 Febuari 2010. Kesemua pelajar di minta berkumpul di Padang Olahraga USM tepat pada pukul 7.00 pagi dengan berpakaian sukan. Sebelum memulakan pengembaraan kami di minta untuk memanaskan dan melonggakan otot-otot badan bagi mengelakkan sebarang kecerderaan. Tepat pada pukul 7.10 pagi pengembaraan bermula.



sempat ambil gambar sebagai kenangan



papan tanda pertama yang diambi


Seawal pukul 7 pagi tatkala matahari masih belum lagi muncul, saya merasakan perjalanan di lakukan pada waktu malam. Suasanan tersebut amat menyenangkan hati saya. Keadaan ini di sebabkan saya tidak rasa panas mahupun tidak selesa. Kami semua meneruskan perjalanan dengan hati yang gembira dan ceria. Setiap papan tanda di sepanjang perjalanan telah kami ambil gambarnya. Setiap papan tanda ini bagi saya memiliki keunikan yang tersendiri. Contohnya seperti George Town memiliki sejarah tersediri. Hal ini berkait rapat dengan Georgetown dan Pulau Pinang pada asalnya adalah kepunyaan Kedah tetapi diberikan kepada Syarikat Hindia Timur British pada 1786, setelah Sultan Muhammad Jiwa menandatangani perjanjian yang Syarikat Hindia Timur British akan memberikan perlindungan dari serangan Siam dan Burma.


tak lama lagi nak sampai kat bukit Jambul...huhuh


keindahan semulajadi

Dari pengamatan yang unik yang saya dapati ialah pengunaan istilah “taman”. Jika merujuk kepada intuisi kita sebagai pemutur bahasa ibunda apabila istilah taman diujarkan kita akan mula membayangkan suatu tempat atau suasana tempat kanak-kanak bermain dan bersuka ria untuk beriadah. Tapi berbeza pula apabila sebuah apartment diberi nama sebagai Taman Lip Sin. Apa yang terdapat di sana ialah bangunan yang bertingkat-tingkat tingginya yang di diami oleh masyarakat. Tiada satupun jenis atau permainan kanak-kanak yang terdapat di situ. Dalam konteks ini perkataan “taman” menunjuk ketaksaan jika tidak di jelaskan atau terdapat bukti-bukti yang jelas.

Taman Lip Sin

Selain itu, keunikan berdasarkan pengamatan saya ialah terdapatnya penggunaan tiga jenis bahasa yang merujuk makna yang sama iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Cina dan Bahasa Inggeris. Penggunaan tiga bahasa ini dapat memberi kita gambaran bahawa Pasar Lip Sin bukan sahaja terdiri daripada orang cina tetapi juga terdiri daripada pembeli-pembeli yang berketurunan Melayu. Walaupun majioriti peniaga dan pembeli terdiri daripada Masyarakat Cina semua keterunan juga tidak melepaskan peluang untuk membeli dan mencari sesuatu sebagai keperluan dapur.

papan tanda yang menggunakan 3 jenis bahasa

suasana di pasar Lip Sin


Perjalanan ini amat mengembirakan saya. Perjalanan ini mengambil masa selama tiga jam. Perjalanan akhirnya berakhir pada pukul 10.00 pagi. Di mana tempat bermula disitulah tempat berakhir perjalanan kami….


perjalanan diteruskan sehingga......

1 comment: